Thursday, 29 February 2024

Sederhana Itu Lebih Bahagia

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Sekarang aku berjaya mempunyai rumah sendiri, kenderaan yang selesa, serta kerjaya dalam kerajaan. Anak pun dah nak masuk 3 orang. Syukur yang amat aku dijodohkan dengan seorang isteri yang amat menyayangi aku dan menerima aku seadanya. Isteriku hadir dikala aku amat memerlukan. Sentiasa bersamaku ketika susah dan senang sehingga aku berada di peringkat sekarang. Walaupun tidaklah tergolong dalam T20, namun aku bahagia kerana dapat selalu bersama keluarga. Aku bahagia mempunyai anak-anak yang comel-comel dan cerdik. Suasana kerja pun selesa dengan adanya sukan dan kawan-kawan yang baik. Aku aktif menyertai sukan pingpong, bola tampar, badminton, bowling, sepak takraw, pool dan sebagainya, memandangkan pejabat menyediakan kemudahan sukan percuma. Benarlah setiap ujian ada hikmahnya. Allah tarik nikmat untuk berikan yang lebih baik pada waktu yang ditentukan. Sasaranku selepas ini ingin menunaikan haji pula InsyaAllah. Terima kasih Ya Allah.