Monday, 5 September 2016

Tahniah Ereen & Hafizi

Selamat pengantin baru buat kalian..
Ternyata tercatat jelas di langit jodoh kalian..

Hafizi, jagalah Ereen sebaiknya..
Jangan lukai hatinya..
Sesekali rendahkanlah ego mu dan kawal rasa marah mu..
Selalulah bersamanya ketika senang dan susah..
Temanlah dia kemana pun..
Kekalkanlah rasa sayang yang terjalin atas dasar cinta dan kasih itu..
Tumpukanlah perhatian kepadanya..
Bersabarlah dengan kerenahnya..
Selalu lah mengisi kesunyiannya..
Jadilah suami yang soleh untuknya..
Aku mohon ampun dan maaf diatas segala kesilapanku yang lalu..
Maafkan aku Hafizi, Ereen..
Moga2 kamu berdua terus dilimpahi kesenangan, kebahagiaan, dan kedamaian dalam menempuh alam baru..
Sentiasalah bersabar dan bersyukur atas segala nikmat pemberian dari-Nya terhadap kamu berdua..
Terima kasih Hafizi, kerana hadir dalam hidup Ereen pada masa yang tepat..
Ketahuilah Hafizi, Ereen merupakan anugerah besar buatmu..
Janganlah kau persia-siakannya..
Dia amat perlukanmu selamanya..

Doakanlah semoga aku terus tabah dan sabar serta menerima segala ketentuan-Nya..
Doakanlah semoga Allah hapuskanlah perasaan yang mengganggu fikiran dan ketenangan dariku..
Doakanlah semoga Allah memberikan kekuatan dalam menghadapi kenyataan ini dan permudahkan aku untuk melupai semua ini..

Itu sahaja permintaan aku yang terakhir dari kamu berdua..
Ingatlah ada yang bersedih di dalam kegembiraanmu, namun doakanlah untuknya supaya diberikan gantian dengan kedamaian juga..

Maafkan aku kerana terpaksa memutuskan persahabatan..
Aku terpaksa melakukan sedemikian kerana ingin melupakan..