Saturday, 19 March 2016

Kerja Tetap

Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Illahi.. Aku kini kembali di Terengganu.. Kampung halaman.. Takdir menginginkan aku berkhidmat secara tetap disini.. Telahpun 8 bulan aku dipertanggungjawabkan jawatan Jurutera Struktur di sebuah syarikat perunding.. Aku bersyukur dapat bekerja di tempat yang pernah aku jalani latihan industri dahulu.. Aku semakin kuat, semakin dapat menerima kenyataan dan semakin dapat banyak ilmu mengenai selok belok industri pembinaan.. Syukur kepada Tuhan yang telah menggantikan luka lama dengan anugerah yang besar ini.. Saat aku hampir rebah, motivasi dari rakan2 yang setia denganku telah dapat membantu memulihkan semangatku.. Syukur.. Kenangan semestinya tidak dapat dilupakan.. Namun aku harus terus melangkah.. Kerna masih ada yang menghargai aku dan tetap setia pada ku.. Terima kasih sahabat2.. Impian ku adalah ingin menubuhkan syarikat sendiri.. Dimulai dengan angan2.. Namun kuharap bakal menjadi kenyataan.. Kesempatan yang ada ini aku gunakan untuk mempelajari sebanyak yang boleh mengenai ilmu teknikal dan juga ilmu pengurusan.. Dengan sumber semangat disisi, aku akan terus melangkah.. Aku kuat.. Aku boleh berjaya!!! Insya-Allah..