Thursday, 28 May 2015

Teringat seketika..

Suatu masa aku kenal erti cinta..
Tapi aku musnahkannya..
Suatu masa aku kenal mama dan ayah..
Tapi sekarang aku menjauhinya..

Bukan kerana aku bencikan mereka..
Bukan kerana aku berdendam terhadap mereka..
Hanya kerana aku tidak sepatutnya muncul dalam hidup mereka..
Hanya kerana aku pemusnah segala impian..

Hari telah berlalu..
Hampir genap 4 tahun peristiwa itu berlalu..
Dia telah berbahagia disampingnya..
Disamping lelaki yang aku sanggup musuhi dahulu..

Sekarang tidak lagi..
Aku sedar, dia jodohnya..
Aku sedar, dia bukan untukku..
Aku sedar, betapa silapnya aku..

Kini, aku masih mencari ketenangan..
Mencari cara untuk melupakan..
Mereka semestinya telah berjaya melupakanku..
Aku gembira kerana mereka bahagia..

Maafkan ku terhadap kesilapanku yang lalu..
Aku terlalu mengikutkan perasaan..
Sehinggakan memusuhi kamu berdua..
Takdir telah menyatukanmu..

Semoga sentiasa dirahmati..
Semoga sentiasa berbahagia..
Hingga ke akhir hayatmu..

Aku mengakui, masih cintakan kamu..
Tetapi sekadar rasa yang tidak dapat aku ubah..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Hanyalah tinggal sebagai kenangan yang menghiasi silam..


Pandang pertama..
Saat terindah semasa diploma..
Segala kenangan bersama..
Saling memerlukan..
Mengharungi susah-senang bersama..
Menikmati kegembiraan bersama..
Teramat indah..
Tidak mungkin dapat ku lupakan..
Sewaktu kita naik bas merah putih..
Sewaktu berlari dalam hujan berpayungkan plastik dikepala..
Menghantar dan mengambilmu ketika kamu bersusah payah kerja sambilan..
Saat menyiapkan slide robocon worksyop..
Saat kau menari2 sambil bergelak tawa..
Saat kau terlantar di hospital..
Aku teramat bimbang terhadapmu waktu itu..
Syukurlah telah pulih sepenuhnya..
Namun, kau yang dahulu semestinya telah tiada..
Tinggal hanya dalam kenangan ku..
Kenangan paling manis..
Terima kasih kerana kenangan ini..

Selamat Jalan... ;-)

Monday, 18 May 2015

First Car

Agak susah juga berfikir dan membuat keputusan untuk memilih kereta pertama. Kerana inilah pertama kali anda ingin memiliki sebuah kereta sendiri. Jika anda seorang yang berduit atau keluarga anda sememangnya 'loaded', sudah tentunya anda tidak berasa susah. Sebagai seorang yang berasal dari keluarga sederhana, aku terpaksa plan sendiri untuk mendapatkan sebuah kereta pertama. Pada mulanya aku ada 2 pilihan, sama ada ingin memilih kereta terpakai ataupun membeli yang baru. Akhirnya, setelah aku meninjau beberapa kedai dan mendengar 'celoteh' jurujual, aku telah membuat keputusan untuk memilih kereta baru berjenama tempatan. Bukannya aku tidak suka jenama luar, malahan aku lebih 'prefer' jenama luar seperti Toyota, Honda, dan Nissan. Tetapi, aku belum mampu lagi untuk memilikinya. Aku memilih jenama keluaran Proton. Iaitu Preve'. Bagiku, kereta ini sesuai dengan ku dan agak besar muatannya. Keluaran Proton pada kali ini lebih berkualiti dan berpatutan bagiku. Sekarang aku sedang menabung untuk bayaran muka yang tinggi sedikit. Bulanan akan menjadi agak rendah. Semoga aku dapat memilikinya tak lama lagi.


Monday, 4 May 2015

Hidup baru..

Alhamdulillah.. Syukur kepada Illahi, sekarang hajat telah termakbul. Telah pun 3 bulan mula kerja sebagai jurutera di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Sebelum itu, aku telah mendapat peluang merasa pengalaman bekerja di Kuala Terengganu selama 2 bulan sementara menunggu keputusan temuduga di Kuala Lumpur tersebut.


Nasib aku ada juga saudara yang tinggal di Kota yang tak pernah mati ini. Aku tinggal di rumah mereka untuk sementara waktu sementara mencari rumah untuk disewa. Semasa aku bekerja di Terengganu, kebanyakan staf2 pejabat telah menjadi seolah2 keluarga denganku. Mereka memang mesra. Tetapi sejak aku mula kerja di Kuala Lumpur, tiada seorang pun yang boleh aku berkawan baik dan mesra. Aku mula merindui saat bekerja di Terengganu.

Aku terima kerja di Kuala Lumpur pun sebenarnya bukannya pilihan aku sepenuhnya. Aku hanya ingin menjaga hati seorang kawan. Dia beriya2 menyuruhku berpindah ke Kuala Lumpur agar aku dapat merasai lebih pengalaman berbanding di Terengganu. Sejujurnya, aku kurang selesa bekerja di Kuala Lumpur ini. Namun aku tetap bertahan dan kuatkan semangat.